PesaNan UntUk SemuA...

Blog ini masih baru disediakan. Masih banyak yang perlu diperbaiki. Dan masih memerlukan komen dan kritikan dari semua.

Untuk makluman juga, kesemua enovel yang ada dipindahkan dari blog lama saya, Tinta Biru.

Terima kasih sudi jengah dan ikuti setiap cerita..

L.o.v.e,
Cik N

Tuesday, October 18, 2011

Aku Dan Dia... [1]


“Kenapa abah panggil akak balik? Ada apa-apa yang penting ke? Macam hal mustahak je sampai tak sempat tunggu akak cuti,” dia merebahkan badan ke katil. Penat. 

“Entah, Ati pun tak tahu,” automatik kepalanya berpusing, memandang Iziati yang sedang sibuk dengan mp3 ditangan.

“Nur Iziati Harisa!”

“Tak tahu lah. Abah tak cakap apa pun,” muka bengang kakaknya dipandang kosong.

“Abang dengan Adik balik jugak?”

“Erm… dorang sampai jap lagi. Abang singgah ambik adik dulu,”

“Akak nak tidurlah sekejap. Nanti dah azan, gerak ye,” melihat Iziati mengangguk, dia terus memejamkan matanya, melayan kantuk yang sedari tadi ditahan.

***

“Ada orang masuk meminang akak minggu lepas,” muka abah dipandang. Terkejut.

“Hah? Mengarut je abah ni,” dia tergelak, cuba menutup rasa hati. Mana tahu abah Cuma mahu menguji. Selama ni kan abah selalu pesan, study comes first, bercinta-cintun ni kemudian.

“Betul lah,” abah menghirup kopi, bersahaja. Macam main-main pun ada.

“Tipulah,”

“Betul. Muka abah ada gaya muka penipu ke?” Abah buat muka. Nak tergelak pun ada.

“Okey. Jadinya kenapa? Abah cakap ni macam akak nak kena kahwin esok je,” dia tarik sengih. Nonsense.

“Tak la kena kahwin esok. Tapi hari raya kedua nanti,”

“Hah!!!!” sekali lagi pernyataan abah buat dia rasa terjerut leher. Biar betul. Gaya selamba habis je abah ni. Dipandang ahli keluarganya yang lain. Semua buat tak tahu. Macam dah komplot je. Aku seorang je ke yang tak tahu lagi ni? Ke ada sebarang unsur-unsur nak kenakan aku je ni? Kepalanya dah mula tak centre.

“Abah dah bincang dengan semua saudara kita kat kampung. Semua setuju,” erk.. ok, ini perkara serius.

“Tapi..”

“Kenapa? Ada masalah ke?” abah kalih pandang dari siaran berita di televisyen, memandang tepat mukanya.

“Kan akak tak habis belajar lagi. Maksud akak, kan abah selalu suruh anak abah habis belajar dulu, baru fikir pasal ni,” this is so nightmare.

“Mulanya memang abah tetapkan macam tu. Tapi nenek dia tengah sakit kuat dan nak sangat cucu kesayangan dia tu kahwin sebelum dia tutup mata,” sebab tu je ke? Siapa yang nak kahwin sebenarnya ni? ‘Dia’ ke nenek ‘dia’? Agaknya ‘dia’ tu setuju ke?

“Well… akak masih lagi tak percaya. Kalau akak tidur lepas tu bangun balik ni, ada harapan tak ni semua mimpi je?” ridiculous. Ya Allah, aku sedang bermimpi ke ni?

“Buat lah. Kita tengok apa jadi. Kot-kot abah curah je sebaldi air kalau kamu tak bangun nanti,” abah membalas, sedikit geram.

“Curah je abah. Orang kasi kahwin pun takmau. Sape nama dia abah? Cerita la sikit pasal orangnya. Abang nak kenal jugak sape yang jadi bakal abang ipar kami semua ni,” Ikram Hanif yang diam sedari tadi, bersuara.

“Ikram. Syed Muhammad Ikram Syed Izham. Abah malas nak cerita. Nanti kamu tanya dia sendiri,” kopi dihirup lagi.

“Ikram? Anak bongsu Syed Izham, yang jadi engineer tu ke?”

“Abang kenal?”

“Kenal macam tu je. Ex-STAR jugak tu. Abang tak sempat dengan dia. Abang masuk, dia dah habis,”

“Maksudnya dia 27 la kan? Beza empat tahun dengan akak. Okeyla tu, dalam range senarai kriteria yang akak nak lagi. Dia okey tak abang?” Iziati excited, nak dapat abang ipar kan.

“Setakat yang abang tahu, okey je. Best student dulu. Pastu, dengarnya pergi Germany,” bangga dia bercerita. Kalau Syed Muhammad Ikram best student merangkap ketua pelajar tu dia setuju sangat la.

“Betul lah tu. Hujung minggu ni, mereka sekeluarga nak datang rumah. Kita sambut puasa kat rumah ni. Semua ada kan?” Ma bersuara, sekaligus bertanya.

“Ada je. Abang boleh je balik. Uni abang dekat je. Adik nak balik tak?”

“Mestilah nak. Tak sabar nak tengok abang ipar ni. Kot-kot boleh buat geng ke,” Ikmal Hakim tersenyum lebar. Seronok.

“Tu je lah kamu tau. Abang dengan kakak-kakak kamu ni tak cukup ke?” sedas Ma bagi.

“Ala… sesekali nak gak tukar angin, Ma”

“Ati dah kompem ada. Tapi baik abah tanya akak tu. Dia orang penting, karang dia yang tak ada pulak,” muka kakanya dijeling. Tengok gaya berkerut dahi tu, mesti dah kemana-mana melayangnya tu.

“Akak?” Iliani diam.

“Dia dah terbang jauh la tu abah,” Ikram Hanif menggeleng.

“Akak!” Aziati mencuit sedikit kakaknya disebelah.

“Nur Iliani Hani!” Panggil abah, tegas.

“Hah, ye! Kenapa abah?”

“Hujung minggu depan ada tak? Boleh balik?”

“Tak boleh. Akak ada program kat Uni. Untuk pelajar tahun akhir. Kenapa abah?”

“Keluarga bakal mentua kamu nak datang minggu depan. Langsung tak boleh balik ke?”

“Tak boleh. Tu program wajib. Untuk finishing school program,”

“Takpelah kalau macam tu. Nanti abah bagitahu diorang,”

“Habis tu, jadi tak ni abah?”

“Jadi lah, kalau diorang takde pun, kita sambut puasa sama-sama. Dah lupa ke anak-anak Ma ni?” Ma menjawab bagi pihak abah.

“Kot la nak cancel,” Iziati membalas. Dah jadi acara tradisi tu, takkan nak dibatalkan pulak.

“Tak, kita buat macam tiap-tiap tahun la,”



Cik N suka sangat kalau ada orang baca cerita-cerita yang taklah best sangat dalam blog yang tak cantik ni.. Terima kasih semua...

1 comment:

  1. mnew sambungan? nme abang ngan adi mipar dekat2 sme r... kdang2 terkompius...

    ReplyDelete