PesaNan UntUk SemuA...

Blog ini masih baru disediakan. Masih banyak yang perlu diperbaiki. Dan masih memerlukan komen dan kritikan dari semua.

Untuk makluman juga, kesemua enovel yang ada dipindahkan dari blog lama saya, Tinta Biru.

Terima kasih sudi jengah dan ikuti setiap cerita..

L.o.v.e,
Cik N

Thursday, October 20, 2011

Hantu vs Alien 3


“Arina Malisa, Nurul Imtihan, Marissa Dalilah, cepatlah!!! Korang ni bersiap kalah mak nenek,”

Syakira dah mula rasa nak membebel se’round’ dua. Bosan dengan kerenah teman-teman serumahnya. Menjerit setiap pagi macam dah jadi rutin hariannya. Dia rasa dia dah macam mak janda dengan 3 orang anak dara yang tak cukup matang. Mana tidaknya, setiap pagi perlu dikejutkan. Setiap pagi dia perlu siapkan sarapan untuk mereka berempat. Dan setiap pagi dia akan asah vokalnya. Kalau tak lepas masuk AF ni tak tahu lah nak cakap apa lagi.

“Kiki, kau dah makan ke?”

Marissa berlenggang ke dapur. Bau nasi goreng Syakira buat perutnya berkeroncong. Pinggan diambil, nasi goreng dalam mangkuk besar diceduk masuk ke pinggannya.

“Marissa, Kiki tu nama kucing bapak saudara jiran sebelah rumah makcik aku tau tak. Nama aku Syakira, S.Y.A.K.I.R.A,” angin betul dia dengan Marissa yang sesuka hati sahaja letak nama pada sesiapa pun.

“Kucing bapak saudara jiran sebelah rumah makcik pun kau tau namanya.. dahsyat la kau.. Ala.. Kiki sounds cute what, sesuai la nama tu dengan kau,” nasi goreng disuap perlahan. Takpe, makhluk berdua tu lambat lagi. Si Kiki ni aje yang suka gaduh nak cepat. Kalut.

“Weh, mana budak berdua tu? Ngantuk pula aku tunggu korang ni bersiap. Simple aje sudah,”

Matanya digosok perlahan. Sudahlah malam tadi dia tak cukup tidur menyiapkan tugasan Puan Midah, walaupun lambat lagi perlu dihantar. Tiba-tiba sahaja ideanya semalam bagai mencurah ke ladang gandum.

Syakira menguap lagi buat kesekian kalinya. Bantal kecil berbentuk love yang terletak elok di sofa sebelah ditarik. Perlahan badannya dibaring separuh, di atas sofa 3-seater itu. Tanpa disuruh, lena datang bertandang.

“Yun, Arin, nak makan tak?”

“Nak la. Laparlah. Cedukkan untuk aku sekali,” Arina tarik kerusi. Air teh yang disediakan Syakira dituangnya ke dalam mug yang sudah tersedia di atas meja tersebut.

“Aku tak nak makan. Aku dah janji dengan Uder nak sarapan sama lepas kelas pagi ni,” Imtihan berlalu ke ruang tamu dengan segelas air suam di tangan.

Alat kawalan jauh di atas meja diambil. Siaran Astro ditukar-tukar. Tiada yang menarik. Cuma Syakira je yang selalunya pasang tv pagi-pagi. Katanya buat peneman dia sambil masak untuk sarapan. Dia duduk di sofa tunggal. Matanya memerhati Syakira yang sedang tidur.

Syakira memang sentiasa ringkas. Cukup dengan jeans, t-shirt lengan panjang dan sneakers. Cuma kadang-kadang kalau modnya rajin, dia akan pakai blaus. Itu pun dengan rekaan yang paling ringkas. Rambut panjangnya pula cuma dibiarkan lepas bebas atau diikat ekor kuda. Kadang-kadang cap lusuh pemberian abangnya dipakai.

Imtihan pandang lagi Syakira. Tak berkalih. Tiba-tiba dia tersenyum. Nakal. Swatch ditangan dikerling. Ada lagi sejam lebih kurang. Dia bingkas bangun. Langkah kaki dihayun kebiliknya yang dikongsi bersama Arina.

“Dah, jom. Karang bising pula si Kiki tu,”

Marissa bangkit, berdiri. Cawan dan pinggan yang digunakan tadi dibawa ke singki untuk dibasuh. Arina kemas meja.

“Ris, kau tak rasa pelik ke hari ni?”

“Pelik? Kenapa?”

“Entah. Aku rasa ada satu yang kurang,”

“Erm, aku pun rasa juga,”

“Apa ya?”

“Ha, Syakira,” serentak mereka bersuara.

“Kenapa tak dengar suara dia ek,” ujar Arina. Kaki dihayun ke ruang tamu, bersama.

“La, tidur rupanya. Eh, kau buat apa tu Yun? Gerak la Kiki tu. Nak gerak dah ni,”

“Shh…” Imtihan angkat jari telunjuknya.

“Kenapa?” Syakira didekati.

“Masya-Allah, apa kau buat dekat si Kira ni Yun?” Imtihan cuma tayang gigi. Tangannya masih lagi sibuk melukis sesuatu di muka Syakira.

“Dah, siap. Jom, kita gerak dulu,” ditolak kedua temannya ke pintu.

“Tak baik la Yun,” Arina berpaling. Memandang ke arah temannya.

“Tak apa, kita gerak dulu. Sampai bus stop depan tu, kita telefonlah dia. Awal lagi ni,”

Dalam teragak-agak Arina turuti juga langkah teman-temannya. Tak apalah, kalau dekat bus stop depan tu, tak jauh pun Syakira nak mengejar mereka.

Deringan lagu 3 nyanyian Britney Spears menganggu lena Syakira. Tangannya menggagau ke dalam Adidas miliknya, mencari Sony Hazelnya.

I new message received
-Yun
Kawan, tidur lagi ke? Kitorang dah sampai bus stop dah ni

Syakira bangun, terkejut. Jam Mickey Mouse di dinding dipandang sepintas lalu. Adidas kelabunya dicapai. Pintu dan gril ditutup rapat. Mangga dikunci. Lambat macam mana pun, keselamatan isi rumah tu penting. Macam-macam barang berharga ada dalam rumah tu. Dalam tergesa-gesa, hatinya menyumpah geram. Tak guna punya kawan. Boleh diorang tinggalkan aku.

Sampai di pagar rumah, terasa gerimis hujan menyapa mukanya. Ala, dah tak sempat nak patah balik ambil payung dalam bilik. Redah. Tak lebat sangat pun. Hatinya berdoa supaya hujan yang turun hanya seketika.

Syakira berlari-lari anak. Sampai di simpang jalan keluar ke jalan besar, hujan reda sendiri. Matanya kabur. Kepalanya terasa berpinar tiba-tiba. Belum sempat dia berfikir, dia rasa badannya melayang jatuh. Dalam kabur, dia ternampak Vios hitam di depannya, sebelum segala-galanya bertukar hitam. Gelap.


P/s : Terima kasih sudi baca.

Cik N suka sangat kalau ada orang baca cerita-cerita yang taklah best sangat dalam blog yang tak cantik ni.. Terima kasih semua...

No comments:

Post a Comment