PesaNan UntUk SemuA...

Blog ini masih baru disediakan. Masih banyak yang perlu diperbaiki. Dan masih memerlukan komen dan kritikan dari semua.

Untuk makluman juga, kesemua enovel yang ada dipindahkan dari blog lama saya, Tinta Biru.

Terima kasih sudi jengah dan ikuti setiap cerita..

L.o.v.e,
Cik N

Saturday, October 22, 2011

Hantu vs Alien 4


Syakira pandang lelaki di sekelilingnya. Tangannya yang terasa pedih tiba-tiba diangkat. Ada Handyplast. Aduhai terasa bersalah pula menuduh membuta tuli. Dia menunduk.

Sorry,” perlahan sahaja suaranya.

What did you say? Kurang jelaslah,Sinis Farid menjawab.

Sorry, I know I’m not supposed to behave like that, after what you’ve done,” sekali lagi dia bersuara, memohon maaf.

“Tau pun, lain kali jangan nak menuduh membuta tuli,” geram. Yang lain cuma tersenyum.

Biar adakalanya
Dia buat kau kecewa
Biar adakalanya
Dia buat kau gundah

Belum sempat dia membalas, OST Magika nyanyian KRU bersaudara kedengaran sayup-sayup ditelinganya. Handphone miliknya kah? Matanya mencari letak duduk beg Adidas miliknya. Mungkin si mata coklat yang bawa masuk beg itu sekali tadi. Sebaik terjumpa, tangannya menggagau isi beg bila terasa ada gegaran. Banyak sangat barang yang dicampak ke dalam beg kesayangannya itu. Dia tahu siapa yang menelefon. Lagu itu cuma di set untuk teman-teman serumahnya.

Tetapi tak mengapa
Kerna dialah juga
Yang mengambil hati mu
Hingga keadaan reda

Oh kita bersaudara
Kena selalu mengalah
Tak guna marah-marah
Nanti berbaik juga

Hazel di tangannya cuma dipandang. Geram. Dibiarkan deringan itu mati sendiri akhirnya.

“Kenapa tak jawab?” Halid bertanya, pelik. Syakira angkat muka. Bahunya dijungkitkan. Dipandangnya si mata coklat yang sedang terkekeh gelak di sebelahnya.

“Tak ada lagu yang lagi klasik ke? Pelik aku orang buat lagu tu jadi ringtone,”

“Suka hati la. Handphone aku, bukan kau,”

“Aduhai, kau ni lawak la. Dengan muka hantu, ringtone cenggitu tak larat aku nak gelak. Sakit perut akulah,” ketawanya sudah semakin surut.

Syakira ketap bibir. Mamat ni memang menguji kesabaran aku la. Kalau aku sekeh kepala dia ni, ok tak ek? Sekali lagi lagu Kita Bersaudara itu berkumandang. Dia memandang Hazel ditangan, sebelum dihulurkan pada si mata coklat. Farid pandang pelik. Kenapa tak dijawab sahaja panggilan tersebut.

“Kau tolong menyamar. Cakap aku kena culik,” semua yang ada dah membulat biji mata. Pelik bercampur terkejut.

“Tak naklah aku. Aku tak nak masuk campur hal orang lain,”

“Ala.. please,

“Bagi aku sebab kenapa perlu aku tolong kau?”

“Sebab diorang la aku stranded kat sini dengan korang tau tak. Dan sebab kau yang bawak aku datang sini, kau la kena tolong aku,”

“Apa maksud kau stranded?”

“Tolong je lah Ayed,” Ian senyum, seronok juga. Oh, nama dia Ayed, Syakira senyum.

“Yelah, bak sini handphone tu,”

Hazel dihulur. Sekali lagi tangannya menggagau Adidas mencari pen dan kertas. Halid pula mencapai remote controller, suara iklan di televisyen hilang. Mereka memandang Ayed dan perempuan hantu tersebut, yang masih belum diketahui namanya.

Sebaik sahaja lagu Kita Bersaudara berkumandang lagi buat kali yang ketiga, terus butang hijau ditekan.

“Kiki, kau kat mana? Takkan kau tidur lagi? Sorry tak kejut tadi. Nasib baik kau tak datang, kelas batal. Madam Lee mc,” tanpa salam terus Marissa bersuara, cuba mengurangkan rasa marah Syakira.

“Oh, nama kawan kau ni Kiki ke,” suaranya sengaja dikasarkan. Ala-ala penjenayah bersiri. Yang lain tersenyum.

“Erk, siapa ni?” skrin Nokia C3 nya dipandang. Kiki. Betul nombornya.

“Aku? Aku la,”

“Siapa ni? Kau jangan. Apa kau dah buat dengan kawan aku ha?”

“Aku tak buat apa-apa. Aku cuma pinjam dia sekejap sahaja,”

“Kau nak pinjam dia? Nak buat apa? Dia bukan barang mainan la. Kau nak main-main, pergilah main bola ke, catur ke, playstation  pun boleh,”

“Eh, suka hatilah aku nak main apa pun. Kau sibuk apahal? Banyak cekadak pula kau ni kan,”

“Masalahnya dia tu kawan kami. Jadi apa-apa kami yang bertanggungjawab tau”

“Suka hati akulah. Yang penting dia ada dengan aku sekarang,” Farid sengih mengejek.

“Kau jangan main-main. Aku lapor polis nanti,” Marissa dah naik angin. Main-main nampak mamat ni.

“Kau nak lapor polis? Lapor la. Lepas tu, kau cuma akan dapat lihat mayat kawan kau ni je. Nak?”

“Ok, kau beritahu apa kau nak?”

“Aku nak kau jangan libatkan pihak polis. Jangan beritahu sesiapa. Faham? Nyawa kawan kau jadi taruhan”

“Eh, janganlah. Kawan kami tu. Masak kami nak menjawab dengan keluarga dia nanti. Dahlah ayah dia garang macam singa,” Marissa cuba bertenang. Arina dan Imtihan sudah tidak senang duduk.

“Ayah dia garang macam singa pun, aku peduli apa. Ada aku kisah? Yang nak menjawabnya korang,” Farid main tarik tali. Seronok juga mainkan orang ni.

“Ala.. janganlah macam tu Encik Penculik. Kami tak beritahu polis. Janji. Jadi boleh pulangkan kawan kami dengan selamat tak?”

“Betul kau nak kawan kau ni balik?”

“Betul. Tanpa sebarang perubahan pada diri dia,”

“Tanpa sebarang perubahan? Dalam muka hantu dia ke?” sinis Farid membalas.

“Muka hantu? Kenapa pula?” pelik dengan kenyataan tersebut.

“Entah, korang fikirlah sendiri,” sengaja dia biarkan mereka berteka-teki.

“Nanti aku fikir. Sekarang ni macam mana kami boleh dapatkan kawan kami tu balik?” malas dah dia nak belok kona sana sini, terus terang lagi senang. Kalau tidak asyik loyar buruk je. Macam ni la kot si Kiki rasa bila bercakap dengan dia. Maaf Kiki. Baru aku tahu perasaan kau selama ini. Insaf sekejap dia jadinya.

“Betul kau nak kawan kau ni balik?”

“YA! Safe and sound,” tegas nadanya. Kawan baik aku tu.

“Sanggup kau buat apa yang aku akan suruh?”

“Sanggup,”

“Sayang juga kau dekat kawan hantu kau ni ek,” matanya singgah diwajah perempuan tersebut. Syakira ketap bibir, menahan marah. Pantang dapat peluang. Terus dia rembat. Sesuka hati dia mengutuk aku ek. Tunggulah dia.

Be serious okay. Apa yang kau nak kami buat?” bibirnya diketap kuat. Demi keselamatan Kiki, ditahan amarah yang sudah membusung di dada.

“Ok, aku nak kau buat apa yang aku cakap ni. Kau balik dan masak. Tepat jam 1.00 tengah hari ni jumpa aku di taman tasik dekat dengan rumah korang. Ingat jangan beritahu sesiapa,”

“Ha? Masak? Kenapa kena masak? Nak masak apa?” hairan melanda. Dia rasa dia tak salah dengar tadi. Bukan selalu dalam drama penculik minta duit atau barang berharga ke? Tak pernah dia dengar penculik minta masakan sebagai tukaran.

“Kau ikut jelah cakap aku. Atau kau nak kawan kau ni mati?” Farid berlagak serius. Tak ada tebusan lain ke minah ni nak, masak? Mahu sahaja dia gelak besar membaca perkataan yang tertulis di atas kertas yang ditunjukkan kepadanya. Matanya memandang yang lain. Riak semuanya sama. Tengah tahan gelak dari meletus keluar.

“Ok, ok. Nak masak apa?” Marissa cuba berfikiran positif. Agaknya penculik ni tengah lapar kot.

“Ayam percik seekor, ikan kerapu 3 rasa, tomyam campur, sayur campur dan ikan masin bulu ayam. Jangan lupa puding jagung dan air tembikai. Faham?” matanya masih lagi pada kertas yang ditunjukkan perempuan bernama Kiki itu.

“Faham. Encik penculik, jangan apa-apakan Kiki, please,” Marissa bersetuju sahaja. Dia sudah malas bersoal jawab tentang menu tersebut. Selera bukan main besar lagi. Main order je mamat ni, ingat ni kedai makan ke apa. Kedai makan pun berbayar tau. Kalau bayar pakai air liur je, kirim salamlah. Sakan dia mengomel dalam hati.

“Aku takkan apa-apa kan dia kalau korang buat apa yang aku cakap tadi,”

“Sebelum tu boleh kami dengar suara Kiki dulu?” teringat dia untuk meminta bukti. Untung juga dia pernah tengok drama kes penculikan ni kan. Tahniah untuk diri sendiri.

“Kenapa? Kau tak percaya aku dah pinjam dia ke?”

“Bagi jelah aku dengar. Kalau tak, deal ni cancel,” dia menggertak dalam diam.

“Ok. Tunggu sekejap,” Hazel di tangan dijauhkan bagi mengelakkan sebarang bunyi. Mulutnya berbicara perlahan. Memberi isyarat kepada Kiki di hadapannya. Bila masing-masing sudah bersedia, dia mendekatkan kembali telefon bimbit tersebut. Butang pembesar suara ditekan.

“Wei, Minah. Ni kawan kau nak cakap,” sengaja suaranya dikeraskan dan dilantangkan. Meja di hadapan ditepuk kuat.

“Korang, tolong aku,” selepas itu hanya erangan halus dilepaskan. Seolah-olah mulutnya ditutupkan dengan sesuatu. Farid menekan kembali butang pembesar suara. Hazel ditekap kembali ke telinganya.

“Dah puas hati kau?” nada sinis dilepaskan.

“Baik, pukul 1 nanti kami datang,”

“Bagus,” talian terus dimatikan. 


P/s: Suka? Atau tidak?

Cik N suka sangat kalau ada orang baca cerita-cerita yang taklah best sangat dalam blog yang tak cantik ni.. Terima kasih semua...

2 comments:

  1. ceh! haha mesti masakan tu dia nak lantak habis...

    ReplyDelete
  2. kunjungan hangat.. kunjung balik yach. jangan lupa follow nya.. :D

    ReplyDelete