PesaNan UntUk SemuA...

Blog ini masih baru disediakan. Masih banyak yang perlu diperbaiki. Dan masih memerlukan komen dan kritikan dari semua.

Untuk makluman juga, kesemua enovel yang ada dipindahkan dari blog lama saya, Tinta Biru.

Terima kasih sudi jengah dan ikuti setiap cerita..

L.o.v.e,
Cik N

Tuesday, October 18, 2011

Hantu vs Alien 2


Syakira tersedar dari lenanya. Dari tadi dia rasa macam terdengar-dengar suara lelaki di tepi telinganya. Mengganggu. Dia membuka mata perlahan-lahan. Wajah pertama menyapa matanya adalah seorang lelaki dengan kaca mata berbingkai penuh, rambut yang sedikit kusut dan muka yang kepenatan. Dia berpaling ke kiri, si rambut spiky menanti dengan senyuman. Di sebelah kanannya pula, macam baru balik dari pejabat. Tali lehernya sudah dilonggarkan, lengan baju dilipat ke siku. Dan betul-betul di atas kepalanya, si mata hazel.

Syakira kembali menutup mata. Bestnya mimpi jumpa lelaki kacak macam diorang ni. Nak sambung mimpi ni lagi boleh tak? Dia tersenyum.

“Weh, makhluk ni sedar tak lagi? Kenapa macam tak betul je gayanya. Senyum-senyum pula tu?” Ian bersuara, pelik. Yang lain masih lagi memerhati, menjungkit bahu.

Syakira membuka kembali matanya. Kenapa dia rasa macam ini bukan mimpi? Kenapa macam suara yang dia dengar tu real je? Serentak, dia tersedar sesuatu. Bingkas dia bangkit, serentak menjerit kuat. Sekali lagi.

“Aduh,” Farid mangaduh perlahan. Minah ni kepala keras macam batu. Dah la jerit macam langsuir. Sebelah tangannya mengusap dahi yang kepedihan terhantuk dek si kepala batu, manakala sebelah lagi cuba menutup telinganya. Bingit.

Halid yang berada di sebelah kanan Syakira segera menutup mulut perempuan tersebut. Jangan sampai didengar dek Mak Cik Timah Radio di hadapan rumah mereka. Mahunya dihalau mereka kalau berita yang lebih banyak tak betul dari betul tu sampai ke telinga tuan rumah mereka. Syakira terdiam. Dia menolak tangan yang berbau kuah kari itu dari mulutnya. Gila apa mereka ini.

“Korang buat apa ni ha? Nak culik aku ke apa? Korang dah tak ada kerja lain ke? Korang jangan cuba nak buat apa-apa tak senonoh, aku repot polis nanti,” Syakira memandang mereka tajam, curiga. Dia segera menarik kakinya rapat ke dada.

“Woi perempuan, kau cakap elok-elok sikit ek. Kalau aku tak bawak kau ke sini, mahu kena lenyek kau tengah jalan tu tau” Farid bersuara, marah dituduh begitu.

“Aku perempuan. Korang lelaki, kau ingat mana-mana perempuan dalam dunia bila ada kat tempat aku sekarang takkan cakap macam tu ke?” Syakira membalas.

“Cuba selidik dulu. Ni la perempuan. Suka jump to conclusion. Otak letak kat mana tau,” Farid mencebik, geram dengan entah-siapa-nama.

“Yang kau pun sengal kan. Dah nampak aku terbaring tengah jalan tu, hantar aku pergi hospital je terus. Akal letak kat lutut kut,”

“Muka macam puntianak ni, aku hantar pergi hospital, confirm tak ada doktor nak rawat. Manakutkan. Kut iya pun nak jadi hantu, sebelum pengsan cuci dulu muka tu,” Minah ni memang buang masa aku je.

“Weh, sengal. Mana ada orang pengsan tau dia nak pengsan. Eh, kejap. Jadi hantu? What do you mean?

“Tu cermin ada tu, pergilah cermin muka kau tu,” Syakira memandang cermin di atas meja kopi di hadapannya. Sempat dikerling pada yang lain, yang hanya memerhati pertelingkahan dia dan si mata coklat sedari tadi.

“Sudah, sudah. Cik Kak, cuba tengok cermin ni? Agak-agak awak kenal tak muka siapa dalam tu?” Halid menghulur cermin adiknya yang dibawa keluar tadi. Senyuman masih lagi terukir dibibirnya.

Syakira memandang pelik. Kenapa senyuman dia macam senyuman budak-budak nakal je. Patut ke tak aku ikut cakap dia. Mana tahu dia sengaja nak men’dajal’kan aku ke. Dia teragak-agak seketika sebelum dicapai sahaja cermin tersebut. Matanya memandang yang lain.

“Mak!!!!!” bergema lagi jeritannya. Terkejut melihat rupanya di dalam cermin tersebut. Siapa ni? Macam mana muka aku boleh jadi buruk macam ni? Diteliti lagi wajahnya dalam cermin tersebut. Kesan airliner dan maskara bukan kalis air jelas di pipinya yang sangat pekat dengan blusher merah, macam kesan baru lepas menangis. Matanya pula pekat dengan eye-shadow berwarna hijau bercampur merah. Bibirnya tak usah cakaplah, tak tahu berapa inci gincu merah telah dicalitkan. Rambutnya pula lepas menggerbang. Ni kalau geng-geng hantu nampak ni, mesti patah balik.

Syakira mengangkat kepala, memandang sekeliling. Semuanya sedang terkekeh-kekeh ketawa, manakala si mata coklat tersenyum sinis padanya. Dia menjeling tajam. Geramnya. Sah ini kerja teman-teman serumahnya. Teringat kembali apa yang telah berlaku pagi tadi.


P/s: silalah tinggalkan komen.. Kalau ada spelling atau grammar error, bagitahu la ek..

Cik N suka sangat kalau ada orang baca cerita-cerita yang taklah best sangat dalam blog yang tak cantik ni.. Terima kasih semua...

No comments:

Post a Comment