PesaNan UntUk SemuA...

Blog ini masih baru disediakan. Masih banyak yang perlu diperbaiki. Dan masih memerlukan komen dan kritikan dari semua.

Untuk makluman juga, kesemua enovel yang ada dipindahkan dari blog lama saya, Tinta Biru.

Terima kasih sudi jengah dan ikuti setiap cerita..

L.o.v.e,
Cik N

Wednesday, October 26, 2011

Hantu vs Alien 6


Lima belas minit kemudian, Syakira keluar dari tandas. Dilihatnya Halid sedang menyediakan sandwich berseorangan. Halid hanya mengangguk kepalanya sedikit, melihat dia keluar dari tandas. Syakira bergerak mendekat. Kerusi di meja pulau ditarik, terus dia duduk di hadapan Halid.

“Mana yang lain?”

“Tidur, tengok tv, same old activities,”

Kepalanya di angguk. Faham. Apa lagi yang boleh dibuat pagi-pagi ini. Shopping complex pun belum dibuka. Pasar adalah. Lelaki bujang macam diorang ni, apa yang nak dibuat di pasar macam tu. Lainlah kalau diorang jadi bos sebuah restoran. Bos je ke yang pergi pasar? Pekerja tak ek? Hatinya bersoal jawab sendiri.

“Semua tak kerja ke?”

“Ian jurugambar bebas, kerjanya tak menentu. Ikram on-call semalam, tu baru balik je. Ayed, tadi macam tergesa-gesa sebab ada mesyuarat pagi ni, dah tukar jadi mc kot. Aku, hari ni cuti,”

“O.. sorry lah, mengganggu je aku ni kan,”

“Yang tu kau kena cakap pada Ayed, sebab dia je yang ada kerja pagi ni,”

Syakira angguk lemah. Keluhan dilepaskan. Halid yang mendengar mengangkat kening.

“Berat je keluhan tu aku dengar. Kenapa?”

“Ayed tu garang sangat. Nanti nak minta maaf, jadi gaduh lagi. Tak naklah aku,”

“Ala, garang main-main je tu. Dia tu mana ada garang pun,”

“Tadi tu. Tak tengok macam mana dia marah-marah aku?” bibirnya dimuncungkan. Halid tergelak kecil. Comel. Macam adik dia, Fifi.

“Gurau je tu,”

“Gurau la sangat. Ni nak makan sandwich je ke?”

“Ha’ah. Siapa je la rajin sangat masak dalam rumah ni,”

Syakira bangun, dibuka peti sejuk. Ada banyak bahan basah. Mi kuning, sawi, kubis, tauge, kek ikan, bebola ikan. Bahagian sejuk beku pula dibuka. Ada sotong, udang, ayam. Boleh buat mi goreng ni.

“Nak buat buka peti sejuk tu?”

“Kata tak rajin masak, ni siapa yang beli bahan ni semua?”

“Oh, tu Makcik Ida la tu. Mak Ian. Dia rajin datang sini. Paling kurang seminggu sekali. Baru semalam dia datang singgah. Dia la yang beli tu,”

“Rajinnya. Aku buatkan mi goreng basah, ok?”

“Rajinnya kau nak masak,” kening dijongket.

“Balas budi. Korang sudi bekerjasama dengan misi penculikan ni dah cukup baik tau. Ni, ada yang alergi apa-apa ke?” tangannya ligat mengeluarkan bahan dari peti sejuk.

“Tak ada. Semua jenis tolak batu dengan kayu aje,”

“Bagus. Pinjam dapur ek,” sengih di tayang.

Syakira terus mulakan tugasnya untuk menyediakan mi goreng basah buat penghuni rumah tersebut. Cekap tangannya bergerak seiring dengan mulut comelnya. Halid pula ramah melayan. Terasa macam Fifi ada bersamanya. Sesekali kedengaran ketawa  terbit dari mulut keduanya bila ada sesuatu yang lucu mencuit rasa.

Farid melangkah ke dapur. Suara orang berbual dan kekekan ketawa mengganggu lenanya dari datang. Dilihatnya Halid sedang mengusik Syakira yang sedang mengacau sesuatu di dalam kuali. Kuali? Syakira? Dia tengah masak ke? Aroma mi goreng menusuk hidungnya. Serentak, perutnya berkeriut, lapar.

Syakira berpaling bila terperasan kelibat seseorang di pintu dapur. Terkejut. Farid sedang merenung tajam. Dia menelan liur. Kesat. Halid yang perasan dengan situasi antara keduanya, bergerak keluar dari ruang tersebut. Sengaja memberi ruang. Sempat dia menepuk perlahan bahu Farid.

Syakira tutup api dapur. Mi gorengnya sudah cukup masak. Pinggan besar yang ditinggalkan Halid tadi dicapai. Mi dituang. Pinggan besar tadi diangkat ke meja pulau. Kuali dan senduk yang digunakan tadi dibawa ke singki lalu dibasuh. Mujur peralatan lain sudah dibasuh Halid tadi.

Siap semuanya, dia berpaling memandang Farid, yang masih setia berdiri di tepi pintu dapur. Tak penat ke berdiri macam patung kat situ. Hatinya mendesis hairan.

“Aku minta maaf,” dia bersuara, memecah sunyi antara mereka. Kalau tunggu Farid ni alamatnya, berjanggutlah aku.

Farid angkat kening, bertanya.

“Sebab aku, hari kau jadi kacau bilau. Abang Halid beritahu tadi, kau sepatutnya ada mesyuarat penting pagi ni. Sorry again, I’ve ruined your day,” kepalanya ditundukkan.

It’s okay. Dah jadi pun, bukan boleh diputarkan balik,” Farid senyum tawar.

So, to make up for it, aku masak mi goreng basah istimewa untuk kau. Tapi yang lain boleh tumpang makan juga lah. Aku masak lebih,”

Well, let me taste it first. Kalau sedap, let us be friends,” Farid mendekat. Sudu dicapai.

“Habis tu, kalau tak sedap?”

“Shh.. bagi aku rasa dulu,” mi disuap ke mulutnya.

Syakira menunggu dengan penuh sabar. Mimik mukanya mengikut riak yang dipaparkan Farid. Belum sempat ditelan, Farid terus ke singki. Tangannya mencapai mug yang tersusun di rak pinggan. Air osmosis songsang yang dipasang pada paip singki ditadah. Syakira terpana. Tak sedap sangatkah? Tadi dia rasa ok je. Elok tangannya mencapai sudu yang digunakan Farid tadi, Farid sudah menegurnya.

“Kau letak apa? Kenapa pelik je rasanya?”

“Hah? Kenapa pula?”

“Aku rasa boleh kena keracunan aku macam ni,” kerutan didahinya masih lagi kelihatan.

“Mana ada. Selama ni aku masak ok je,” dia menafikan, cuba membela diri. Tadi dia rasa dah ok. Halid pun kata dah ok.

“Cuba kau rasa pula,”

Syakira pandang Farid pelik. Kenapa aku rasa macam ada senyuman nakal je di sebalik kerut wajahnya tu. Mi tadi disuap ke mulutnya, teragak-agak. Ok je. Dahinya berkerut. Tak ada rasa pelik pun. Ketawa yang meletus dari bibir lelaki bermata hazel itu, buat dia berpaling. Tajam pandangan matanya. Geram. Suka main-mainkan orang lah dia ni.

“Dah sedap dah. Tak yah lah duk kerut-kerut muka tak puas hati tu. Aku gurau je tadi,” tawanya makin reda.

“Kau ni kan. Suka main-main kan,” mukanya dimasamkan.

“Aku gurau ajelah. Tadi kau dah buat jantung aku separuh mati terkejut, ni kira giliran kau lah pula,” Farid masih lagi tersengih-sengih di tepi singki.

“Dengkilah kau ni,” bibirnya dimuncungkan.

“Suka hati akulah. Bajet comellah buat muncung macam tu, dah macam beruk kat hutan dah aku tengok,” cepat je Syakira tarik bibirnya. Dia tergelak kecil.

“Ada samakan aku dengan beruk pula,”

“Muncunglah lagi,”

So…. Friends?” Syakira angkat pinggan mi dengan kedua tangannya, lalu dihulurkan pada Farid. Matanya dikerdipkan. Mengusik. Farid senyum.

Okay, friends,” pinggan mi disambut. Tanda termeterai ikatan persahabatan antara mereka. Matanya dikenyit sebelah. Mereka tergelak bersama.

Tawa keduanya mati bila terdengar tepukan di belakang mereka. Ian dan Halid melangkah masuk ke dapur. Tersengih-sengih. Dari tadi mereka mengintip. Bukan senang nak jadi pengintip tanpa disedari sesiapa. Kira ada bakat terpendam jugak lah diorang ni kan?

“Jadinya, dah boleh makan lah mi ni? Aku dah lapar,” Ian tayang muka kasihan.

“Entahnya, lama sangat tunggu drama korang habis,” Halid pula bersuara, mengusik.

“Kesian mi tu, sikit lagi nak kembang,” Ian pandang mi ditangan Farid. Semua mata turut berkalih, memandang.

“Entahnya. Mi tu untuk dimakan, bukan dijadikan cincin tanda termeterai sebarang ikatan,” Halid menambah.

“Dah, dah. Drama dah habis. It’s makan time,” Ian bersorak riang.

Syakira yang mendengar usikan dari mereka sedari tadi, bertambah merah pipinya. Segan, malu, marah bercampur baur. Macam mana dia boleh tak perasan ada orang menelinga perbualan mereka. Farid berkalih pandang. Terpegun dia memandang Syakira. Serentak bibirnya mengukir senyum. Manis juga minah ni. Comel.

Syakira bergerak ke singki, mengutip mug yang tersusun di rak pinggan. Alasan sebenarnya untuk dia mengelak dari disedari mereka yang dia tengah blushing. Mug diletak di dalam dulang, pinggan pula dicapai lalu terus dia bergerak ke ruang makan. Tidak dia sedari Farid sedang memerhatikannya dalam diam.

Ian menyiku Farid. Farid berpaling. Bila dilihatnya Ian dan Halid sedang tayang gigi, dia tahu terang-terangan dia sudah terkantoi dengan mereka berdua. Segera diangkat jug berisi air teh yang sudah disediakan Syakira tadi. Memerah mukanya bila tawa kedua mereka kedengaran ditelinganya.


p/s : Suka? Silalah komen...

Cik N suka sangat kalau ada orang baca cerita-cerita yang taklah best sangat dalam blog yang tak cantik ni.. Terima kasih semua...

3 comments:

  1. hakhak tangkap cintan la... haha miss n,.camane nk follow nih? hehe nty da update baru punye inform kat saye erk?? akumasihjunior.blogspot.com [cpt sikit tu! ]

    ReplyDelete
  2. tq syamimi...
    sgt teruja ada org dtg baca dan komen..
    tmbh semangat saya nak update..

    ReplyDelete