PesaNan UntUk SemuA...

Blog ini masih baru disediakan. Masih banyak yang perlu diperbaiki. Dan masih memerlukan komen dan kritikan dari semua.

Untuk makluman juga, kesemua enovel yang ada dipindahkan dari blog lama saya, Tinta Biru.

Terima kasih sudi jengah dan ikuti setiap cerita..

L.o.v.e,
Cik N

Monday, October 24, 2011

Hantu vs Alien 5


Serentak kedengaran gelak tawa dari rumah teres 2 tingkat itu lagi. Semuanya memandang Kiki. Syakira tersenyum. Bangga. Sekarang giliran dia pula balas apa yang diorang dah buat pagi tadi.

“Pandailah korang berlakon. Nampak real je,” Ian bersuara dalam gelaknya yang belum habis.

“Tengok oranglah,” Farid mencebik bangga. Syakira pamer senyum berlagaknya. Jangan tengok orang sebelah matalah kawan.

“Kenapa masak?” Halid pula mencelah. Bibirnya masih mengukir senyum.

“Sengaja. Lapar. Dan salah seorang housemate saya tu pandai masak sebenarnya. Cuma atas sebab-sebab tertentu dia jarang masuk dapur. Lagipun, ini ajelah peluang nak kenakan diorang balik,” sengih jahat ditayang.

Semuanya sudah tergeleng-geleng kepala. Serius, belum pernah mereka dengar tebusan dibayar dengan makanan. Farid gelak lagi sepuas hatinya.

“Aku nak tumpang tandas boleh? Nak cuci muka,”

“Oh, silalah. Dekat dapur tu. Pencuci muka pun ada,” Ian menunjuk arah.

“Eh, Ian, tandas kat dapur tu aku sorang aje pakai kan?”

“Ha’ah, kenape?”

“Kalau gitu, bukan pencuci muka dan segala barang mandi tu hak milik aku ke?”

“Yelah, kenapa?”

“Sesenang hati je kau offer si Kiki tu guna ek?”

“Ala kau ni, tu pun nak kecoh. Ok lah tu dia guna. Jangan lupa siapa yang bawa dia datang sini,”

“Entah, kedekut la kau ni. Ikut hati aku pun tak nak guna barang-barang kau tau. Nasib baik je muka aku dah macam ni,”

“Biar je lah macam tu. Mesti kau dengan mudahnya dapat masuk tanjung rambutan nanti,”

“Eee… mulut mamat ni kan… memang mulut longkang. Patut busuk,”

“Kau ni kan memangla…”

“Aku ni memangla apa? Apa? Cantik? Of course la,”

“Ee.. yark,” Farid buat aksi nak termuntah. Geli telinga dia dengar statement yang sudah tentu salah tu.

“Kau memang sengaja kan. Ok, tunggu aku cuci muka ni. Kalau kau tak ada rasa kau memang gay. Huh,” Syakira bertambah panas. Dia bukan nak riak. Tapi setiap kejadian manusia kan dah memang sempurna, kenapa mahu pertikaikan lagi ciptaan Tuhan tu. Hakikatnya, walaupun dia bukanlah dilahirkan cantik jelita, tapi dia masih lagi manis. Itu yang selalu emaknya nasihatkan bila dia cemburu dengan kecantikan semula jadi kakaknya.

“Pergilah, nak tengok sikit setakat mana cantiknya kau tu,” Farid tersenyum mengejek.

Syakira berpaling geram, kalau ada kudratnya dan hilang rasa malunya, mahu sahaja dia angkat sofa ni, dan humban atas mamat mangkuk ayun ni. Hish…

kepadamu aku terus terang

bahwa aku memang masih sayang

demi kamu aku relakan perpisahan

Belum sempat Syakira bangun lagu Terus Terang nyanyian penyanyi kumpulan dari seberang itu mendominasi ruang antara mereka. Ikram bangun, mencapai Sony Vaio nya di atas kabinet meja.

Calling
Sayang

Ditekan butang hijau. Sempat diletak jari telunjuk di bibir. Menyuruh yang lain diam. Langkah di atur ke pintu utama. Takkan nak bercakap depan yang lain. Dia pun tahu malu.

“Abang, tolong Ayang!” belum sempat dia ber’hello’ dengan buah hati, terus dia di terpa dengan ayat ‘sakit jantung’ tersebut. Langkahnya terus mati di tengah ruang.

“Kenapa ni Sayang? Cool down ok,”

“Kawan Ayang kena culik! Macam mana Ayang nak cool down?

“Ha?!! Apa dah jadi ni? Cuba Sayang cerita satu-satu,” dia cuba meredakan esakan si buah hati.

“Kira…” tergantung ayatnya.

“Kenapa dengan Kira? By the way, siapa Kira tu?”

Syakira yang sedang berlawan pandang dengan Farid, pantas angkat kepala. Kira? Aku ke? Jari telunjuknya diangkat ke arah diri sendiri. Yang lain memandang ke arah keduanya. Pelik.

“Kira tu teman serumah merangkap classmate Ayang. Nama sebenar dia Syakira. Ada satu sebab yang buat dia tak pergi kelas pagi tadi, tapi nasib baik kelas tu dibatalkan. Dan tadi kami dapat tahu dia dah kena culik. Tolonglah Abang, Ayang tak tau nak buat apa lagi ni,” suara teresak-esak sambil bercerita itu meruntun hati Ikram.

“Ha? Culik? Sayang dah telefon polis ke?” Dia sudah gelabah. Mana tahu kalau buah hatinya tu terlebih pandai.

“Tak telefon pun. Penculik tu kata jangan telefon polis. Nyawa Kira jadi taruhan, macam mana ni Abang?”

“Ok, kalau macam tu, jangan telefon polis lagi. Mesti penculik tu ada telefon minta tebusan kan? Dia minta tebusan apa?”

Perbualan Ikram buat perasaan ingin tahu bertambah. Penculik? Tebusan? Kira? Semua merapati. Mahu mencuri dengar.

“Itulah Ayang telefon Abang ni. Pelik. Penculik tu minta kami masak macam-macam makanan,” Ikram terpanah. Dipandang semua yang ada di sekelilingnya. Mereka angkat kening, bertanya.

“Abang?”

“Ah, ya,”

“Dengar tak ni?”

“Dengar. Habis tu Sayang nak buat apa ni?”

“Ayang tanya Abang, Abang tanya Ayang balik? Abang ni Ayang tengah risau ni,”

“Ok, Sayang masak aje macam yang diorang minta tu, bawa pergi ke tempat tu. Nanti kita jumpa kat sana. Dan jangan telefon polis. Ingat tau. Ni Sayang nak masak banyak mana?”

“Itulah fasal. Kami tak tahu. Dia cuma beritahu menunya aje,”

“Ok, agak-agak untuk 4 orang lelaki. Perut lelaki ni besar, Sayang masak banyak-banyak sikit. Ok?”

“Kenapa sampai 4 orang?”

“Persediaan. Kita mana tahu berapa orang penculik tu, jadi sediakan ajelah banyak-banyak,”

“Erm.. Abang datang sana juga kan?”

“Iya Sayang, nanti Abang ikut dari belakang,”

“Dah, pergi masak dulu. Dan ingat, jangan telefon polis,”

“Ok, bye Abang,”Sebaik mematikan talian, Ikram pandang yang lain. Semua tengah tayang muka blur. Dia tayang gigi.

Guys, tengah hari ni kita makan besar la jawabnya,”

Meaning?”

“Bukan memang dah cadang macam tu ke?”

“Haah, ke kau nak belanja kami makan lagi?”

Suara teman-teman serumahnya saling bertingkah. Pelik pun ada. Melihat senyum lebar Ikram lagilah menghairankan mereka. Apa yang ‘Sayang’ Ikram ucapkan sampai dia tersengih lebar, sampai hilang terus wajah kepenatannya tadi. Mereka berpandangan.

“Err… yang telefon tu housemate aku ke?” Syakira bertanya teragak-agak mencelah.

“Kenapa kau rasa dia housemate kau pula?” wajah Syakira dipandangnya. Pandai pula dia meneka.

“Sebab dengar kau cakap penculik, masak, jumpa kejap lagi. Bukan tu macam senario yang kita tengah rancang ni ke? Lagi pun Kira tu nama panggilan aku jugalah,”

“Cepat pick-up juga kau ni ek. Sebelum tu, nama penuh kau apa?”

“Nur Syakira Ahmad Syafiq. Kenapa?” dari tadi dia di sini, baru sesi memperkenalkan diri berlangsung. Teruk betul diorang ni.

“Erm.. siapa nama housemate kau tu?”

“Arina Malisa, Nurul Imtihan, Marissa Dalilah,”

“Erm.. betullah tu,”

“Erk, kenapa kau ada kena mengena dengan salah seorang dari diorang pula? Eh, jap, siapa yang kau kenal tu?” keningnya digaru. Tabiat biasa bila dia tengah bingung.

“Imtihan,” terlopong terus mulut Syakira. Terkejut.

Wait. Jangan cakap kau ni tunang dia, si doktor sengal merangkap dua pupu yang jadi jiran sebelah rumah keluarga dia tu?”

“Dia cakap aku sengal?” terkejut Ikram mendengar gelarannya.

“Kau ke yang selalu buli dia dengan secawan kopi tak nak gula tapi nak manis tu?”

“Aku bukan sengaja nak buli, aku suka kopi yang dia buat aje,” memang dia suka kopi yang Imtihan buat. Kena dengan seleranya.

“Kau ke yang jadi cikgu garang yang mak dia suruh jadi tutor waktu dia sekolah dulu?”

“Kalau tak garang, nanti aku tak dapat tengok muka cemberut dia sambil ngomel-ngomel marahkan aku,” sebab muka dia cemberut comel, sambungnya dalam hati.

“Kau juga ke yang…”

Wait, dia cerita semua benda dekat kau ke?”

“Mestilah, aku kan kawan baik merangkap teman serumah dia. Bukan pada aku aje, yang lain pun sama,” Syakira angkat kening sambil buat muka bangga.

“Allah, malunya aku,” Ikram tekup muka.

“Kau biar betul? Dah macam stalker pun ada kau ni tau,” Ian gelak jahat. Tak sangka si doktor yang ala-ala nerdy ni macam tu rupanya perangai bila dah jatuh cinta.

“Senyap je kau ek. Patutlah selalu sengih sengsorang. Mesti ingatkan dia. Angau rupanya,” Halid pula ambil giliran menggiat si doktor.

“Tak apa Ik, aku faham,” Farid tepuk-tepuk bahu Ikram. Sengih mengusik di tayang.

“Sudahlah korang. Aku nak mandi, lepas tu nak tidur. Agak dah 12.30 gerak aku,” Lekas dia bangkit. Mahu melepaskan diri dari serangan teman-temannya. Malu sebenarnya. Rahsianya sudah bocor, dah tak dapat ditutup. Kalau tempayan tu boleh juga tampal balik dengan tanah liat.

“Yelah, takkan kau nak lepaskan peluang rasa air tangan tunang kau tu, ye dak?”

“Ian, aku dah selalu makan la kat kampung,”

“Tapi mesti kau rindu masakan dia kan? Setahu aku dah dekat 3 bulan dia tak balik. Sibuk dengan aktiviti dan pelajaran. Dan aku tak pernah pula nampak dia sediakan bekal untuk tunang dia ke,” Syakira bersuara menyampuk. Comel betul bila tengok gaya orang bercinta. Seronok jadi bahan usikan.

Ikram berpaling. Melihat yang lain sedang memandang dia sambil terus tayang sengih, makin laju dia menapak naik ke biliknya di tingkat atas. Serentak dia terdengar ketawa pecah. Kurang asam punya kawan.

“Oklah, nak tumpang tandas, Ayed, pinjam kau punya toiletries ek,” Syakira bingkas bangun, menuju ke tandas di dapur.

“Aku nak sambung siapkan sarapan aku yang tergendala tadi,” Halid bangun, menuju ke dapur. Sempat dia mencapai tuala baru di bilik untuk dipinjamkan kepada Syakira.

Ian pula mengambil tempat duduk Syakira tadi. Remote controller  yang diletak Halid di atas meja kopi dicapai. Siaran tv dialih-alih. Mencari program yang menarik minatnya. Akhirnya Channel Disney yang sedang menayangkan cerita kartun itu dibiarkan terpasang. Tengok cerita kartun pagi-pagi ok juga.

Farid bangun malas. Kakinya digerakkan ke bilik. Dia baru sahaja menghantar mesej kepada Hilman, memberitahu dia mc hari ini.

P/s: Suka?

Cik N suka sangat kalau ada orang baca cerita-cerita yang taklah best sangat dalam blog yang tak cantik ni.. Terima kasih semua...

No comments:

Post a Comment