PesaNan UntUk SemuA...

Blog ini masih baru disediakan. Masih banyak yang perlu diperbaiki. Dan masih memerlukan komen dan kritikan dari semua.

Untuk makluman juga, kesemua enovel yang ada dipindahkan dari blog lama saya, Tinta Biru.

Terima kasih sudi jengah dan ikuti setiap cerita..

L.o.v.e,
Cik N

Sunday, October 16, 2011

Hantu vs Alien 1


Skreet……. Bum!!!

Pintu sebelah pemandu terbuka. Pemandunya cepat-cepat mahu melangkah keluar. Gelabah bila terasa dia telah melanggar seseorang. Atau lebih tepat lagi seorang perempuan. Tersangkut. Dilihat pada badannya, tali pinggang keledar di badannya lupa dibuka. Inilah akibatnya bila dalam keadaan panik. Cepat tali pinggang keledar yang melilit tubuhnya diuraikan.

Tergesa-gesa dia berlari ke hadapan kereta. Janganlah jadi apa-apa pada makhluk Allah yang dilanggarnya tadi. Bertambah-tambah panik dia melihat sekujur tubuh manusia sudah tertiarap di hadapan keretanya. Dia meninjau-ninjau keadaan perempuan tersebut. Mana tahu dia sedar ke, tak adalah orang nak kata dia berniat jahat.

“Cik,” ditunggu seketika. Sambil-sambil itu, matanya memandang tempat kejadian. Ok, tiada pergerakan dan tiada sebarang darah mengalir. Nafas lega dihembus. Dia menyentuh bahu perempuan tersebut pula, cuba mengejutkan. Mana tahu dia cuma tertidur ke. Tubuh perempuan tersebut dipusing menghadapnya dengan berhati-hati, cuba untuk meminimumkan sebarang kecederaan jika ada.

“Mak!!!” terkejut dilihatnya muka perempuan tersebut. Tanpa sengaja dia tertolak perempuan tersebut jauh darinya. Mujurnya perempuan tersebut masih lagi belum sedar. Dia bergerak, mendekati. Cuba mengesahkan kembali apa yang dilihatnya tadi. Kaki, tangan cukup. Muka perempuan tersebut ditilik pula. Mata, mulut, hidung ada semuanya.

“Astaghfirullahalazim, perempuan ni kalau ye pun baru balik jadi hantu, cucilah dulu solekan di muka tu. Buat terkejut jantung aku je,”

Dadanya diurut perlahan, lega. Dia cuba menggerakkan perempuan tersebut sekali lagi. Masih lagi tiada sebarang tindak balas.
Melihat tiada sebarang kecederaan luaran pada wanita tersebut, dia rasa dia sudah boleh menarik nafas lega. Matanya memandang sekeliling. Tiada siapa yang boleh membantu atau lebih tepatnya, tiada kelibat manusia kelihatan di sekitarnya.

Poket kirinya diseluk, blackberry hitam kepunyaannya dikeluarkan. Senarai kenalannya yang tersimpan digeledah. Setelah jumpa nama yang dicari, butang hijau ditekan. Sementara menanti panggilannya disambung, dia melirik ke arah perempuan di hadapannya. Hatinya berdoa supaya tiada apa yang serius terjadi.

“Assalamualaikum, apa hal bro? Pagi-pagi lagi dah kacau hidup aku ni. Kau jangan cakap kereta kau rosak dan kau stranded somewhere. Aku nak balik tidur ni. Dah lebih dari 20jam aku tak rehat ni tau,”

“Wa’alaikumussalam wahai sahabat. Boleh tak kau dengar dulu apa aku nak cakap sebelum kau smash aku?”

“Ok, apa hal?”

“Kau kat mana? Hospital lagi ke?”

“Tak. Aku dah sampai depan rumah ni. Kenapa?”

“Aku dah terlanggar orang…” belum sempat dia menghabiskan ayatnya, orang di sebelah sana sudah menjerit terkejut.

“Kau langgar siapa lak ni bro? Orang tu ok tak? Kau ok tak? Kau kat mana sekarang ni?”

“Dr. Muhammad Ikram Hanif, boleh anda diam sebentar, tarik nafas dan dengar apa aku nak cakap ni dulu,” geram betul dengan orang yang suka menyampuk bila orang lain tak habis cakap lagi. Lepas tu  mulalah buat ulasan sendiri.

“Ok, dah. Sambung,”

“Aku dah terlanggar orang dan sekarang orang tu pengsan depan aku. Thank God, no external bleeding. Setakat yang aku nampak lah. Tapi sebab aku rasa aku tak pandu kereta laju sangat tadi, aku tak rasa perempuan ni cedera teruk. Jadi, kau jangan tidur lagi, aku nak minta kau tolong check dia kejap. Lagi 15 minit aku sampai rumah,”

“Ok. Cepat sikit. Aku dah tak berdaya nak buka mata ni,”

Sebaik talian dimatikan, segera dia mengangkat perempuan di hadapannya. Nasib baik ringan, kalau tidak mahu patah pinggang aku. Pinggang aku ni nak pakai lama tau. Perempuan tersebut dibaringkan di kerusi sebelah pemandu. Kerusi tersebut dilaraskan rendah. Kemudian dia mengutip buku dan barang-barang lain milik perempuan tersebut yang bertaburan bahana dilanggar tadi.

Selesai semuanya, keretanya dipandu kembali menghala ke rumah. Sempat dia menelefon pejabat tempatnya bekerja, memberitahu kelewatannya pada hari itu. Mesyuarat pagi yang dikejarnya tadi, dia minta teman sekerjanya, Hilman menggantikan. Melihat keadaan sekarang, belum tentu dia sempat sampai ke pejabat sebelum mesyuarat pagi bermula. Sesekali dikerling wajah perempuan di sebelahnya.

***

Toyata Viosnya diberhentikan di hadapan rumah teres 2 tingkat yang disewanya bersama tiga lagi rakan baiknya. Handbrake diangkat. Enjin dimatikan. Perempuan di sebelahnya masih lagi seperti tadi. Dia keluar dari kereta. Kelibat Ikram yang sedang menuju ke arahnya dipandang. Muka keletihan doktor muda tersebut direnung sayu, mohon simpati.

“Dah, dah. Tak perlulah kau nak tunjuk muka toya kau tu pada aku. Mana perempuan tu? Angkat dia masuk. Aku tak ada tenaga ni,”

“Iyalah, nak angkatlah ni pun. Tepi sikit,”

Farid membuka pintu sebelah penumpang. Rambut perempuan tersebut ditarik menutupi wajahnya. Sahaja mahu melihat reaksi rakan-rakannya. Bukan dia tak perasan rakan serumahnya yang lain sedang menunggu di pintu rumah. Sebelum dia digiat mereka lebih baik dia sediakan perisainya dahulu. Perempuan tadi diangkatnya dengan berhati-hati.

“Kau bawa balik anak dara siapa pula ni Farid?” Ian si jurugambar bebas itu sempat memerlinya ketika dia melangkah masuk ke rumah tersebut.

“Entah, anak puntianak mana dia ni,” dia membalas, sinis. Tunggu la korang.

“Letak je dia kat atas sofa tu, Ayed. Ian, mana air yang aku suruh kau ambil tadi?”

“Ada kat atas meja tepi tu,” Ian bangkit mengambil besen air yang telah disediakan tadi. Dia duduk kembali di sofa tunggal tadi. Memerhati.

Ikram menyebak rambut perempuan tersebut. Serentak, jeritan kuat kedengaran dari rumah tersebut. Farid gelak jahat. Bukan suara Ikram sahaja yang kedengaran tadi, Ian pun sama. Halid yang berada di dapur pun, segera berkejar ke ruang tamu.

“Astaghfirullah, aku ingat hantu mana tadi. Siot kau Ayed. Sengaja kan,” Ikram bersuara sambil mengurut dada. Malu pun ada. Tak fasal menjerit dia melihat wajah perempuan tersebut. Setelah agak reda dia kembali menyambung tugasnya.

Halid menggeleng kepalanya melihat keadaan tersebut. Farid masih belum habis gelaknya. Ian pula masih beristighfar panjang. Terkejutnya belum hilang. Aduh, kalau selalu macam ni mahu mati ‘terkujat’ aku.

Halid berlalu ke bilik. Senyuman nakal terukir dibibirnya. Seketika kemudian dia keluar dengan membawa cermin sebesar buku log. Adiknya, Hafiza tak sengaja tertinggal cermin tersebut di dalam kereta sewaktu meminjam keretanya untuk mengangkut barang-barangnya pulang kerumah di penghujung semester dulu. Dan, dia sebagai abang yang baik tolonglah simpankan ketika dia mahu menghantar keretanya servis bulan lepas.

Cermin tadi Halid letakkan di atas meja kopi. Dia mengalih pandang pada perempuan asing di atas sofa 3-seater di depannya. Ikram masih memeriksa. Dan yang lain masih memerhati.

“Dia ok. Tiada apa yang serius. No serious wound or other injuries. Scratch kat tangan dia tu kau tolong cucikan la Ayed. Kita tunggu dia sedar je la sekarang,”

Ikram mengemas beg kecemasan miliknya. Dia sudah terlalu letih. Dapat baring ni, mesti dia terlena terus. Lima minit lagi kalau minah ni tak bangun juga, aku naik bilik tidur.

“Eh, dia dah gerak,” Halid bersuara bila dilihatnya ada perubahan pada riak mukanya. Serentak semuanya mengalih pandang ke arah sekujur tubuh yang kelihatan mamai itu.

“Aaaaaa!!!!!!” sekali lagi rumah teres dua tingkat mereka itu digegar dengan jeritan nyaring. Tapi kali ini dengan suara perempuan tulen.





P/s : disuruh belajar dia men, harap sudi komen...

Cik N suka sangat kalau ada orang baca cerita-cerita yang taklah best sangat dalam blog yang tak cantik ni.. Terima kasih semua...

No comments:

Post a Comment